Tarikh : 17 Ogos 2023

Tempat : Padang sekolah, padang sebelah Arena & Arena MAZFARI

Program latihan kawad kebakaran atau lebih popular dengan perkataan “Fire Drill” merupakan salah satu program wajib diadakan setiap tahun di bawah kelolaan unit Hal Ehwal Murid (HEM).

Latihan kawad kebakaran berupaya memberi pendedahan kepada warga SMKTKU tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan kebakaran ini sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar sekiranya kebakaran terjadi dan mereka mempunyai pengetahuan untuk menangani kebakaran itu.