” Meningkatkan Prestasi Kemenjadian Murid Dalam Kelompok 25 Sekolah Terbaik Daerah Klang Menjelang Tahun 2025″
Anda adalah pelawat yang






Barisan Pentadbir
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama, Persiaran Sungai Keramat, Klang dibuka pada 6 Januari 1997.
Nama asal Sekolah ini ialah Sekolah Menengah Batu 2, Jalan Haji Sirat, Batu Belah, Klang. Pembinaan sekolah ini disempurnakan pada akhir tahun 1996 dan sedia untuk beroperasi untuk sesi persekolahan 1997.
Keluasan sekolah ini ialah kira-kira 5.20 ekar. Sekolah ini terdiri daripada 7 buah bangunan iaitu Blok Aspirasi, Blok Bitara, Blok Cendekia, Blok Difusi, Blok Efisien, Blok Firdausi dan Blok Gerbang Minda dengan jumlah bilik darjah sebanjak 31 buah.
Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bandar ini terletak di dalam daerah Klang. Sekolah ini terletak di sebuah Kawasan Perumahan yang sedang pesat membangun di pinggir Bandar Klang.
Pada asalnya, kawasan ini merupakan kawasan sebuah ladang kelapa sawit yang telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan diberi nama Taman Klang Utama. Nama sekolah ini mengambil sempena nama taman tersebut.
Pada awal penubuhan, pihak sekolah menghadapi masalah terutama dari segi kemudahan fizikal. Selama hampir dua minggu, sekolah telah beroperasi tanpa bekalan elektrik dan talian telefon.
Pihak sekolah juga terpaksa membeli beberapa peralatan seperti kerusi dan meja secara kredit memandangkan bekalan yang diterima itu tidak dapat menampung jumlah pelajar berdaftar pada tahun tersebut.
Sekolah ini bermula dengan bilangan guru hanya seramai 26 orang dengan bilangan pelajar berjumlah 696 orang yang kebanyakannya ialah pelajar pelajar yang berpindah dari sekolah-sekolah yang berhampiran dan hanya mempunyai kelas-kelas Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan 2. Kini, sekolah ini telah mengorak langkah dengan membuka kelas Tingktan 4 Sains bermula tahun 2000.






Anda adalah pelawat yang






Berita Sekolah
PRELIMINARY ROUND PERTANDINGAN GLOBAL IT CHALLENGE (GITC) FOR YOUTH WITH DISABILITIES 2022
Sekreteriat GITC Korea telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan GITC 2022 Preliminary Round yang telah diadakan pada 10.8.2022 (Rabu) pada pukul 1.30 - 6.00 petang (waktu Malaysia). Seramai 2 orang peserta yang terlibat iaitu Haznul Imman Bin Ahmad Zaidan &...
Penyampaian Sijil Penghargaan Kehadiran Penuh Bagi Setiap bulan Tahun 2022/2023
Objektif Program: Menghargai murid yang mempunyai kehadiran penuh dan kelas yang tertinggi peratus kehadiran ke sekolah untuk tahun 2022/2023. Penyampaian Sijil Kehadiran Penuh Murid diperkenalkan untuk memberikan ganjaran kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh...
Pertandingan Drone Edu Challenge IR 4.0 Tahun 2022
Pertandingan ini telah di anjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor bermula Julai 2022 sehingga November 2022. Pertandingan ini melibatkan kluster Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seorang guru penasihat dan dua murid ppki...
Majlis Graduasi & Keraian PPKI 2023
Majlis graduasi ini telah diadakan bagi meraikan murid tahun akhir seramai 9 orang yang akan tamat bagi sesi 2022/2023 ini. Tarikh. : 12 Januari 2023 (Khamis) Masa. : 1.00pm-5.30pm Tempat. :Concorde Hotel, Shah Alam
HARI ANUGERAH APRESIASI BAKAT MURID
SMK TAMAN KLANG UTAMA
KALI KE 26 SESI 2022/2023
TARIKH: 27 JANUARI 2023HARI: JUMAATMASA: 8.00 - 10.00 PAGITEMPAT: ARENA MAZFARI Hari Anugerah Apresiasi Bakat Murid SMKTKU Kali Ke-26 merupakan acara tahunan SMK Taman Klang Utama. Ianya bertujuan memberi pengiktirafan kepada para murid yang aktif dalam bidang...
Sambutan Tahun Baharu [email protected]–2022
Tarikh : 19 Januari 2023Masa :7.30 pagi – 8.30 pagiTempat : Arena Mazfari Program Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah dirancang diadakan dalam untuk mendedahkan suasana Tahun Baru Cina untuk diraikan bersama semua warga sekolah. Program yang dijalankan selaras...

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Visi & Misi Kami
MISI KPM
MISI SEKOLAH
VISI KPM
VISI SEKOLAH
Hala Tuju Sekolah
“Meningkatkan Prestasi Kemenjadian Murid
Dalam Kelompok 25 Sekolah Terbaik Daerah Klang
Menjelang Tahun 2025“
Enhancing Students’ Potential In Being Amongst
Top 25 Schools In Klang By 2025
Matlamat Sekolah
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
Melahirkan Insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan Negara
Memberikan peluang pendidikan yang sama rata kepada semua rakyat.
Motto Sekolah
BERILMU BERBAKTI BERWAWASAN
Objektif SMKTKU
teknologi.
Logo Sekolah
Warna Merah
Semangat Perjuangan dan Taat Setia
Lambang Buku
Menggambarkan buku adalah sumber ilmu kepada manusia
Warna putih
Melambangkan amalan nilai-nilai murni

Lima Bulatan
Melambangkan Kokurikulum. Kedua-duanya perlu seiring dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Warna Kuning
Melambangkan warna bendera negeri Selangor
Lambang Komputer
Melambangkan usaha dan harapan SMKTKU untuk melahirkan warga Malaysia yang dapat menguasai dan mengamalkan sains dan teknologi
Keseluruhan Lencana
Keseluruhan lencana menegaskan kepentingan kurikulum dan kokurikulum yang seiring ke arah merealisasikan Wawasan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Matlamat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama di samping amalan nilai-nilai murni.
Lagu Sekolah
Susun barisan bersama-sama
Mari menuju wawasan negara
Sekolah Menengah
Taman Klang Utama bersedia
Berdisiplin berharmoni
Berdedikasi berhemah tinggi
Berilmu berwawasan
mencapai matlamat negara
Hormati ibu bapa
Hormati guru2
Tinggikan harapan
Usaha selalu.
(ulang rangkap 1&2)
Mencapai matlamat negara
%
Lulus dan berjaya ke Universiti
Tahun Usia Sekolah Sejak Dibuka
Tenaga Kerja dan Staff Kami
Orang Pelajar
SMK Taman Klang Utama
Hubungi Kami
Persiaran Sg. Keramat, Taman Klang Utama, Selangor, Malaysia