Majlis Peluncuran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca SMK Taman Klang Utama telah dijalankan pada 25 Mac 2024 di Arena Mazfari. Program ini disasarkan kepada semua murid dan warga SMKTKU.

Objektif utama program ini adalah:
1. Meningkatkan tahap bacaan Nilam dalam kalangan murid.
2. Murid dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod bacaan yang khusus.                                                                                                                                                                                                             3. Meningkatkan impak melalui sistem ganjaran dan penghargaan di peringkat sekolah.
4. Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentas kurikulum

Impak yang ingin dicapai pada akhir program termasuk:
1. Penambahan minat membaca di kalangan murid dengan meningkatnya bilangan peminjam buku di perpustakaan sekolah.
2. Peningkatan pencapaian akademik melalui peningkatan kemahiran membaca dan pemahaman.
3. Pengukuhan komuniti literasi di kalangan pelajar, guru, dan ibu bapa untuk menyokong perkembangan pendidikan anak-anak.

Semua murid digalakkan untuk terlibat secara aktif dalam program NILAM dan terus memupuk cinta akan ilmu dan pengetahuan.