Tarikh : 29 Julai 2023
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi – 3.00 petang

TUJUAN
Program ini melibatkan semua pemimpin muda sekolah  yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2023/2024. Tujuan utama penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. Pemimpin muda sekolah memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.  Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.