Tarikh :18 Mac 2023 (Sabtu)
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Impian, SMK Taman Klang Utama
Masa : 8:00 pagi – 12.00 tengah hari

Hari Pendaftaran Tingkatan 1 & Peralihan diadakan setiap tahun sebelum sesi persekolahan baharu dimulakan. Murid Tingkatan 1 dan Peralihan menjejak kaki ke zaman awal persekolahan menengah rendah di sekolah yang baharu. Kumpulan murid tersebut perlu melalui proses pendaftaran dan sesi penyerahan dokumen. Seterusnya, murid-murid ini perlu dibimbing bagi mengadaptasi diri mereka dengan alam persekolahan yang serba baharu dari segi persekitaran dan hubungan interpersonal dengan rakan sebaya dan guru-guru.

Tujuan program ini diadakan untuk memastikan murid, ibu bapa / penjaga memperolehi maklumat yang berkaitan dengan murid dengan lebih tepat serta pihak sekolah memperoleh dokumen yang lengkap daripada murid.

Objektif program ini:
a. Mendaftarkan murid Tingkatan 1 dan Peralihan mengikut potensi dan peluang berkolaboratif di dalam kelas.
b. Memaklumkan ibu bapa tentang peraturan sekolah, aktiviti kokurikulum dan hal-ehwal yang berkaitan dengan murid.
c. Memberi pendedahan keseluruhan tentang suasana pembelajaran pada peringkat sekolah menengah.
d. Memastikan urusan serahan dan pengesahan dokumen dapat dilaksanakan secara sistematik dan lancar.