Tarikh : 17 MAC 2023
Hari        : Jumaat
Tempat : SMK Taman Klang Utama
Masa : 7.30 a.m – 12.30 p.m

Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024 memerlukan pihak sekolah memastikan tahap kebersihan, kesihatan dan keselamatan  dipertingkatkan bagi memastikan persekitaran sekolah menjadi  lebih bersih, sihat serta kondusif agar aktiviti pendidikan dapat berjalan lancar.

TUJUAN:

Memupuk kerjasama warga SMK Taman Klang Utama untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, bersih dan kondusif bagi memulakan sesi persekolahan 2023/2024. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria terutamanya bilik darjah dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Ini selari  dengan keberhasilan TS25 yang menekankan pencapaian persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang bermakna.

OBJEKTIF:

a. Memastikan aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan persekitaran sekolah ditingkatkan keseluruhannya.
b. Menyusun atur bilik darjah mengikut jumlah pelajar di dalam kelas.
c. Menceriakan lanskap di dalam kawasan sekolah supaya pelajar lebih gembira berada di sekolah.
d. Meningkatkan keceriaan, kebersihan dan keselamatan bilik-bilik khas agar menjadi persekitaran psikososial yang lebih kondusif.