Sekreteriat GITC Korea telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan GITC 2022 Preliminary Round yang telah diadakan pada 10.8.2022 (Rabu) pada pukul 1.30 – 6.00 petang (waktu Malaysia). Seramai 2 orang peserta yang terlibat iaitu Haznul Imman Bin Ahmad Zaidan & Nurul Auni Syamimi Binti Mohd Azhar dalam 3 kategori pertandingan iaitu e-content (Video editing), e-tools PowerPoint dan e-tools Excel. Pertandingan dijalankan di atas talian zoom. 14 negara telah menyertai pertandingan tersebut termasuk Negara Malaysia. Alhamdulillah kedua-dua peserta telah berjaya terpilih oleh sekreteriat GITC Korea untuk bertanding di Pusingan Akhir GITC 2022 yang diadakan pada 15.11.2022 Dan 16.11.2022.