TARIKH: 27 JANUARI 2023
HARI: JUMAAT
MASA: 8.00 – 10.00 PAGI
TEMPAT: ARENA MAZFARI

Hari Anugerah Apresiasi Bakat Murid SMKTKU Kali Ke-26 merupakan acara tahunan SMK Taman Klang Utama. Ianya bertujuan memberi pengiktirafan kepada para murid yang aktif dalam bidang Kokurikulum, HEM dan NILAM sepanjang tahun 2022 serta dapat membimbing murid dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni, kependidikan dan kemasyarakatan. Selain itu aktiviti ini juga dapat membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia yang merupakan intipati dalam Falsafah Pendidikan Negara selaras dengan perkembangan JERI yang seimbang. Justeru, Hari Anugerah Apresiasi Bakat Murid Kali Ke-26 pada tahun ini merupakan kemuncak terhadap segala aktiviti murid dan guru sepanjang tahun ini. Penglibatan semua murid dalam aktiviti kokurikulum, HEM dan NILAM juga diharap menjadi penyumbang utama ke arah tercapainya Visi dan Misi SMKTKU.

Objektif Program:

a. Memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan sikap tolenransi dalam kalangan murid- murid dan guru-guru.
b. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga sekolah atas penglibatan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum dan NILAM serta yang telah memberi bakti dalam kepimpinan MURID dan menunjukkan teladan baik dalam sahsiah
c. Melahirkan tokoh MURID yang dapat menjadi role model kepada murid lain untuk lebih maju dalam bidang kokurikulum, HEM dan NILAM