TARIKH: 24 JUN 2022 (JUMAAT)

MASA: 7.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI

TEMPAT: TAMAN KLANG UTAMA & BANDAR BUKIT RAJA

Program Kejohanan Merentas Desa ini merupakan program tahunan peringkat SMK Taman Klang Utama yang memberi peluang kepada para pelajar untuk bersukan dan menjalani hidup yang sihat. Unit sukan melihat tugas guru bukan hanya memberi perhatian dalam keupayaan akademik, tetapi juga berusaha dalam memberi tumpuan terhadap aspek kokurikulum kerana kedua-dua elemen ini penting dalam melahirkan pelajar seimbang dan holistik.
Disebalik cabaran memastikan kelancaran aktiviti kokurikulum dan sukan selepas wabak Covid19 melanda ini, unit kokurikulum dan sukan SMK Taman Klang Utama melihat kejohanan ini dapat membantu menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti aktiviti sukan di samping dapat memberi nilai tambah penilaian aspek kokurikulum PAJSK pelajar bagi tahun 2022.

Objektif:
a) Melahirkan pelajar yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi
b) Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan serta kesihatan diri
c) Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat fizikal, jati diri serta dapat mewujudkan sikap daya saing yang sihat.