Pada 14-17 Jun 2022, telah berlangsung Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas peringkat Daerah Klang tahun 2022. Pada 20 Jun 2022 telah berlangsung Majlis Pemenang Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas peringkat Daerah Klang tahun 2022. Pihak pengurusan PPKI SMK Taman Klang Utama telah menghantar wakil untuk e-deklamasi sajak, e-tarannum, e-nasyid solo dan e-syarahan agama. Tahniah di ucapkan kepada semua guru dan pengurusan PPKI yang berusaha bersungguh-sungguh dalam melatih murid bagi pertandingan tersebut. Tahniah juga diucapkan, 2 wakil yang mencapai johan peringkat daerah dapat mewakili daerah Klang ke peringkat Negeri.

Tahniah diucapkan kerana telah berjaya:

1. e-syarahan(Ainul Najwa binti Samsul Bahari-Johan)

2. e-deklamasi sajak(Chin Jin Sheng-Johan)

3.e-tarannum(Muhammad Faiz bin Razman-Naib Johan)

4.e-tarannum(Nur Syazwani binti Mohd Nazrim-Naib Johan)

5.e-deklamasi sajak(Kejalechumy A/P Nagayan-Naib Johan)