TARIKH : 19 MEI 2022 (KHAMIS)
MASA : 7:30 – 12:30 TENGAHARI
TEMPAT : ARENA MAZFARI

Objektif Program : Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dirancang diadakan dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah. Program yang dijalankan selaras dengan amalan guru penyayang selain dapat mengukuhkan hubungan erat antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melalui kerjasama yang bakal dijalankan. Begitu juga dengan peranan Kelab Keluarga yang turut sama mengembleng tenaga bagi merealisasikan sambutan Raya pada kali ini. Program ini diharapkan dapat memupuk semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan para pelajar sekolah ini terdiri daripada berbilang kaum. Semua kaum dapat menikmati keunikan hidangan makanan tradisional kaum Melayu dan bersama–sama menimati juadah Hari Raya. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan konsep begotong-royong dan aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga diadakan seperti pemakaian Pkaian tradisional pelbagai bangsa, penghayatan amalan hormat menghormati ,beramah mesra dan aktiviti jamuan yang diadakan sebagai semangat hidup bersama–sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati dapat dipupuk agar para pelajar dapat hidup bermasyarakat.