19 April 2022, sambutan Nuzul Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan secara atas talian dengan tema ‘Al-Quran Dibaca, Difahami dan Dihayati’. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam, ADNI Islam & Jawatankuasa Surau Al-Falah SMKTKU ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh. Umi Kalsom Binti Mohd Wahi, Pengetua SMK Taman Klang Utama.

Sambutan Nuzul Al-Quran ini adalah bertujuan memperingati peristiwa penurunan al-Quran sebagai mukjizat agung Nabi Muhammad SAW. Antara objektif program ini ialah :

  1. Mengingati tentang peristiwa penurunan al-Quran kepada Rasulullah SAW.
  2. Mengingati kepada semua warga SMKTKU tentang maksud Nuzul al-Quran, peringkat penurunan al-Quran dan 5 ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-Alaq.
  3. Menerangkan hikmah Nuzul al-Quran kepada manusia sebagai panduan dan petunjuk hidup untuk umat Islam sepanjang hayat.
  4. Menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Al-quran merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, marilah kita bersama-sama melazimi dengan membaca al-Quran serta bersama-sama menghayati dan tadabbur isi kandungannya. Selain itu juga, kita mestilah bersama-sama mempraktikkan apa yang termaktub dalam al-Quran dalam kehidupan kita seharian

Video Pelancaran Program Nuzul Al-Quran 1443H/2022M peringkat sekolah.