22 April 2022 – Jumaat. Program Infaq Ramadhan & Iftar Baiti Usrati anjuran Panitia Tasawwur Islam dan Pendidikan islam, ADNI Islam dan Surau Al-Falah SMKTKU telah diadakan pada jam 9.30 pagi – 3.15 petang bertempat di perkarangan Surau Al-Falah SMKTKU. Ianya merupakan salah satu pengisian program Ihya Ramadan SMKTKU untuk saling menghargai kasih sayang antara satu sama lain demi mengeratkan hubungan kekitaan.

Antara aktiviti program ini ialah Mini Karnival Sunnah, Sama Di Rasa – bubur lambuk, Preloved Bundle dan Wefie Iftar Usrati. Manakala objektif program ini ialah saling menghargai warga sekolah, dapat memupuk sifat kasih sayang serta mengeratkan persaudaraan bagi membentuk sahsiah murid agar murid mempunyai sifat jati diri dan berkepimpinan tinggi.

Program sumbangan bahan makanan dan pakaian ini diharap dapat diteruskan terutama bagi meraikan golongan yang memerlukan dalam suasana ramadan.