18 April 2022, Pelancaran Program Sekolah Penyayang : Amalan Guru Penyayang telah di sempurnakan oleh Pn. Hjh. Umi Kalsom Binti Mohd Wahi, Pengetua SMK Taman Klang Utama pada jam 7.45 pagi melalui platform perhimpunan rasmi norma baharu dengan tema ‘Murid disayangi, Guru disanjungi’.

Program yang dijalankan sepanjang tahun ini merupakan satu mekanisme dalam menanam dan membudayakan sifat kasih sayang dalam diri setiap guru dan murid. Antara objektif program ini ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru bagi melahirkan rasa kepunyaan di antara guru dan murid. Di harap program ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan warga SMK Taman Klang Utama serta menjadi batu loncatan bagi meningkatkan kemenjadian murid serta pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.