18 April 2022, Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Webinar Memperkasa Program NILAM & Galakan Membaca Negeri Selangor Tahun 2022 telah dirasmikan oleh Datin Nor Faridah Binti A. Bakar K.M.N., Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor secara atas talian melalui saluran YouTube.

Program ini membawakan guru-guru Pusat Sumber yang cemerlang daripada negeri Selangor iaitu Cikgu Astura daripada SK Seksyen 6 selaku moderator bersama-sama speaker pilihan iaitu Cikgu Fadilah daripada SK Saujana Utama, Cikgu Fenty daripada SBPI Gombak dan Cikgu Suraini daripada SK Setia Alam akan membuat resensi buku pilihan beliau.

Antara manfaat Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) ini ialah ianya dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid selain dapat meluaskan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Program NILAM ini sememangnya banyak memberikan manfaat kepada murid dan mereka seharusnya bijak menggunakan masa terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.