Tarikh : 30 dan 31 Mac 2022
Masa : 7.30 pagi – 1.40 tengah hari
Tempat : SMK Taman Klang Utama

Objektif Program : Memastikan aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan persekitaran sekolah ditingkatkan keseluruhannya. Selain itu, menyediakan persekitaran yang mematuhi SOP pembukaan sekolah Fasa Endemik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Menyusun atur bilik darjah mengikut penjarakan sosial dan SOP bilik darjah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.