Sepanjang tempoh PKPB ini selain PdPR , pihak sekolah turut mengadakan “Program Pemantapan Sahsiah” melibatkan semua murid mengikut kaum menggunakan bahasa ibunda masing-masing melalui pelantar Google Meet bermula 7.30 pagi setiap Jumaat. Topik yang dibincangkan telah ditetapkan terlebih dahulu oleh pentadbir sekolah . Bermula dengan topik TERIMA KASIH.

Pada masa yang sama murid Islam pula terlibat dalam “Program Cinta Ilmu” selain penghayatan beberapa surah yang ditetapkan. Penceramah jemputan turut dipanggil untuk memberi kelainan.