SMK Taman Klang Utama telah melaksanakan Mesy.Agung Tahunan PIBG pada 13 Mac 2021 (Sabtu ) yang lepas. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pn Hjh Nor Afsah bt Ishak, Pen.Pegawai PPD,Unit Pendidikan Khas,Sektor Pembelajaran,PPD Klang. Majlis yang telah diatur dengan rapi itu sebenarnya pernah ditunda dari tarikh asalnya 28 Feb 2021.

Terima kasih dan tahniah kepada semua warga sekolah dan ibu bapa yang telah bekerjasama dengan baik menjadikan majlis itu berjalan dengan lancar. Majlis bermula pukul 9.15 pagi dan berakhir pukul 12.46 tengah hari.