Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat sekolah telah diadakan pada 23 April 2024 tepat jam 11 pagi dan 2 petang. Program ini adalah satu inisiatif untuk memperkasa kegiatan membaca dalam kalangan murid dan masyarakat secara menyeluruh.
Objektif utama program ini adalah:
1. Meningkatkan kesedaran pentingnya membaca dalam kehidupan harian murid.
2. Mempromosikan kegiatan membaca sebagai satu amalan yang bermanfaat dan menyeronokkan.
3. Menggalakkan pembentukan budaya membaca yang mapan dalam kalangan murid dan masyarakat setempat.
Impak yang ingin dicapai pada akhir program termasuk:
1. Peningkatan minat membaca dalam kalangan murid melalui aktiviti bacaan yang merangsang dan berkualiti.
2. Penambahbaikan kemahiran membaca serta pemahaman murid dalam pelbagai bidang pengetahuan.
3. Membentuk persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran dan perkembangan intelektual murid.
Mari kita bersama-sama menyokong kegiatan membaca sebagai jambatan menuju ke arah masa depan yang baik dan berilmu.
#malaysia membaca
#bacadanbahagia
#selangormembaca
#kuinmemembaca
Recent Comments