PPKI

Program Pendidikan Khas Integrasi

MURID PPKI

GURU PPKI

PEMBANTU PPKI

KELAS PPKI

Kategori PPKI SMKTKU 

Sindrom Down

Autisme Ringan

Perkembangan Lambat

Terencat Akai

Hiperaktif (Ringan)

Hypoaktif (Ringan)

Masalah Tingkahlaku (Ringan)

Masalah Emosi (Ringan)

Cerebral Palsy (Ringan)

Attention Deficit Hyperaktif Disorder

Lain-Lain Masalah Pembelajaran

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas Berkualiti Insan Istimewa Terdidik Negara Sejahtera

MISI PENDIDIKAN KHAS
Melestarikan Sistem Pendidikan Khas Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Berkeperluan Khas Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO PPKI SMKTKU

WE CARE WE SHARE

LATAR BELAKANG PPKI SMKTKU

Program Pendidikan Khas Integrasi SMKTKU telah ditubuhkan pada 1 Januari 1998 atas inisiatif Puan Tang Suk Peng setelah menerima arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan juga permintaan penduduk setempat. Pada awal penubuhannya hanya terdapat 1 kelas sahaja yang menempatkan 5 orang murid dan dua orang guru. Lokasi bilik kelas PPKI adalah di tingkat bawah blok B. Murid PPKI SMKTKU mempunyai kelainan upaya yang pelbagai yang terdiri daripada Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder( ADHD ) dan Disleksia dan lain – lain.

Bermula tahun 2008, jawatan Pembantu Pengurusan Murid mula diperkenalkan dan PPKI SMKTKU menerima empat orang PPM yang bertugas membantu guru – guru dalam pengurusan murid. Tahun demi tahun, bilangan penempatan murid PPKI ke SMKTKU semakin bertambah. Pada tahun 2021, bilangan murid PPKI mencecah lapan puluh enam orang dengan dua belas kelas, seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas, tujuh belas orang guru dan enam orang PPM.

PPKI SMKTKU telah dinaik taraf insfratrukturnya pada tahun 2016 dengan penambahan dua bilik kelas, satu bilik masakan dan satu dewan mini. Setahun selepas itu, mata pelajaran vokasional Pembuatan Roti kumpulan satu mula diwujudkan dengan bilangan murid seramai sembilan orang. Pada tahun berikutnya, mata pelajaran vokasional Asas Tanaman pula diperkenalkan yang menempatkan seramai tujuh orang murid. Sehingga kini, terdapat dua kumpulan bagi kelas Pembuatan Roti dan dua kumpulan kelas Asas Tanaman.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Program Pendidikan Khas Integrasi ialah satu program pendidikan khas yang khusus untuk MBK yang belajar di dalam kelas pendidikan khas secara integrasi di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan (Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013).
Tujuan PPKI:

  • Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai
  • Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
  • Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
  • Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
  • MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.

(Bahagian Pendidikan Khas, KPM)

BERITA PPKI

Kejayaan Murid PPKI di Peringkat Antarabangsa

Kejayaan Murid PPKI di Peringkat Antarabangsa

Muhammad Adli Syukri Bin Asnawi telah terpilih mewakili Malaysia Dalam acara GLOBAL CHALLENGE (GITC 2021) FOR YOUTH WITH DISABILITIES PRELIMINARY ROUND yang telah diadakan Pada 17 Jun 2021. Muhammad Adli telah terpilih untuk 2 kategori iaitu kategori individu etools...

Kejayaan e-Mahabah PPKI SMK Taman Klang Utama

Kejayaan e-Mahabah PPKI SMK Taman Klang Utama

Chng Jin Seng dari kelas 4KA Pendidikan Khas Integrasi SMK Taman Klang Utama telah menjadi Juara Acara  e-Deklamasi Sajak Kategori BP Sekolah Menengah Pertandingan  e-Mahabbah Pendidikan Khas Selangor 2021 dan akan mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan yang akan...