Tarikh : 19 Januari 2023
Masa :7.30 pagi – 8.30 pagi
Tempat : Arena Mazfari

Program Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah dirancang diadakan dalam untuk mendedahkan suasana Tahun Baru Cina untuk diraikan bersama semua warga sekolah. Program yang dijalankan selaras dengan amalan guru penyayang selain dapat mengukuhkan hubungan erat antara pihak sekolah dan Persatuan Penduduk Taman Klang Utama melalui kerjasama yang bakal dijalankan. Begitu juga dengan peranan Panitia Pendidikan Moral yang turut sama mengembleng tenaga bagi merealisasikan sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini .Program ini diharapkan dapat memupuk semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan para murid sekolah ini terdiri daripada berbilang kaum. Semua kaum dapat mengenali adat dan tradisi Sambutan Tahun Baru Cina. Murid-murid juga akan didedahkan dengan aktiviti kebudayaan Cina seperti Pertandingan Kaligrafi, Nyanyian Lagu Tahun Baru Cina dan juga pemakaian pakaian tradisional sebagai penghayatan amalan hormat menghormati dan beramah mesra. Ini dapat merealisasikan keharmonian masyarakat majmuk di samping memupuk sikap hormat menghormati dalam kalangan murid
Objektif program ini adalah untuk :

Memperkenalkan adat dan tradisi sambutan Tahun Baru Cina kepada murid pelbagai bangsa.
b. Membimbing dan mendidik murid menghayati nilai pendidikan emosi sosial dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
c. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, ibu bapa dan murid.