|
ami berazam dan bertekad menjalankan tugas kami sebagi agen perubahan untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan nilai-nilai murni yang termaktub dalam falsafah pendidikan dan wawasan negara dengan: 1. Membimbing pelajar dengan penuh iltizam,kreatif dan inovatif agadapat melahirkan murid yang cemerlang dalam semua bidang. 2. Mewujudkan kesedaran dikalangan murid tentang kecemerlangan ilmu,berfikiran terbuka,matang, memiliki sahsiah dan jati diri yang mulia bagi menghasilkan insan berilmu agar dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan wawasan 2020. 3. Membimbing murid untuk membentuk sahsiah diri yang mulia agar menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap diri, bangsa, agama dan negara. 4. Sentiasa menyuburkan permuafakatan, kerjasama dan persefahaman pendidikan dengan pihak-pihak luar agar dapat menghasilkan keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara yang berterusan. 5. Bersedia dan sentiasa untuk memenuhi pelbagai keperluan pelajar, ibubapa dan masyarakat. 6. Sentiasa berusaha memperbaiki prestasi diri dan mutu kerja ke arah pembentukan budaya perkhidmatan cemerlang. 7. Berfikiran terbuka,sedia menerima teguran dan sentiasa memelihara hubungan yang akrab, ikhlas dengan rakan sejawat agar dapat menghasilkan kerjasama yang berterusan dalam mencapai matlamat falsafah pendidikan. 8. Sentiasa bersikap positif dan optimis dalam usaha menjadikan SMKTKU sebagai pusat pendidikan yang mampu melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
|