|
SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama, Persiaran Sungai Keramat, Klang dibuka 6 hb Januari 1997. Nama asal Sekolah ini ialah Sekolah Menengah Batu 2, Jalan Haji Sirat, Batu Belah, Klang. Pembinaan sekolah ini disempurnakan pada akhir tahun 1996 dan sedia untuk beroperasi untuk sesi persekolahan 1997. Keluasan sekolah ini adalah kira-kira 5.20 ekar.Sekolah ini terdiri daripada 7 bangunan iaitu Blok Aspirasi, Blok Bitara, Blok Cendekia, Blok Difusi, Blok Efisien, Blok Firdausi dan Blok Gerbang Minda dengan jumlah bilik darjah sebanjak 31 buah.Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bandar ini terletak di dalam daerah Klang. Sekolah ini terletak di sebuah Kawasan Perumahan yang sedang pesat membangun di pinggir Bandar Klang. Pada asalnya kawasan ini merupakan kawasan sebuah ladang kelapa sawit yang telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan diberi nama Taman Klang Utama. Asal usul nama sekolah ini adalah mengambil sempena nama taman tersebut.Pada awal penubuhan pihak sekolah menghadapi masalah terutama dari segi kemudahan fizikal. Selama hampir dua minggu sekolah telah beroperasi tanpa bekalan elektrik dan talian telefon. Pihak sekolah juga terpaksa membeli beberapa peralatan seperti kerusi dan meja secara kredit memandangkan bekalan yang diterima itu tidak dapat menampung jumlah pelajar berdaftar pada tahun tersebut.Bermula dengan bilangan guru hanya seramai 26 orang dengan bilangan pelajar berjumlah 696 orang yang kebanyakannya adalah pelajar pelajar yang berpindah dari sekolah sekolah yang berhampiran dan hanya mempunyai kelas-kelas Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan 2. Kini sekolah ini telah mengorak langkah dengan membuka kelas Tingktan 4 Sains bermula tahun 2000. Pada tahun 1999, persekolahan dua sesi dimulakan memandangkan bilangan pelajar yang meningkat. Sekolah ini mengalami perubahan besar bilangan tenaga pengajar dan bilangan pelajar dari tahun 1997 hingga 2007.
Di bawah adalah menu berkaitan "Maklumat Asas Sekolah". Klik menu yang dikehendaki dari senarai di bawah: |
|
|
|
|